
" kebebasan bererti kita bebas menghayunkan tangan kita setinggi mana yang kita mahu asalkan tangan kita itu tidak menyentuh tangan, bahu dan badan orang lain. nah, hayunkan tangan ditinggi mana yang kita mahu. ayun! ayun tinggi-tinggi. "
kekadang, kebebasan itu ubat tapi lama-lama ia bertukar menjadi kurap. kebebasan tanpa sifat ketanggungjawaban merupakan satu malapetala yang bisa menghancurkan. Gua keliru kekadang dengan konsep kebebasan. bebas melakukan apa sahaja yang kita mahu? bebas ke sana ke mari tanpa sekatan? bebas bersuara? bebas memaki hamun di Fb seperti budak yg belum mumaiz? bebas menghayunkan tangan setinggi mana yang kita mahu sehingga hinggap ke muka-muka jahanam?..khakk ptuihh
kebebasan itu harus di sulami ilmu, bukan bebas seperti anjing2 liar yg menyalak...Hidup harus bijak..Bijak harus idup dalam idup ini.
Gua yakin ilmu dan pendidikan tentang hidup itu bukan hanya sekadar buku teks sekolah, kerja rumah, ko-kurikulum dan di denda di rotan cikgu displin sebab patahkan batang paip makmal, sauk ikan kolam projek sains dan mencilok penunu bunsen bawak pegi camping atau pinjam buku library tak pulang-pulang.
Ilmu tetap gua pegang sebagai wibawa hidup dan isinya adalah pengalaman-pengalaman yang wujud diantaranya...So..berjalan lah..dan bebaskan jiwa dari takut untuk gagal...
nota kaki:
gagal dalam idup..keh keh keh...gua sudah terbiasa.....!!!